iklan nuffnangku...

Jangan Buang Masa & Jangan Membazir....

“ JANGAN BUANG MASA DAN JANGAN MEMBAZIR “ Jadikan kata nasihat ini satu amalan, pasti dapat membantu anda menghasilkan sesuatu. Sayangi dan hargailah apa sahaja yang anda miliki. Biarpun sesuatu yang anda miliki itu sudah lama atau anda sendiri sudah jemu memandangnya. Kalau masih elok jangan terus di buang. Cuba gunakan sedikit kreativiti anda untuk melakukan sedikit transformasi. Maksimumkan penggunaannya. Beri nafas baru atau gaya baru. Pasti anda akan berfikir kembali untuk membuangnya. Bak kata pepatah “ alah membeli biar menang memakai “.

Sunday, February 7, 2010

Bunga dalam Sangkar Burung..!!



“ Bunga dalam sangkar “
Kenal tak apa tu!!....betul sangkar burung. Ambil dari kampong tok jauh bawak dari Perlis tuu....Sepatutnya ada burung , tapi burung dah transform jadi bunga. So jadilah bunga di dalam sangkar. ..tak yah penat-penat bagi makan & dapat dosa lagi tu kalau  kurung burung.

Sunday, January 17, 2010

Tutup Saji mahu Cover Baru !!



“ Tutup Saji – Tema Hijau “

Tutup saji ni kak nin buat sama dengan balang kuih hijau kat atas tu. Saji ni kecil je...buat tutup kuih sarapan pagi atau minum petang.

Balang Raya , Raya lagi !!




“ Balang Biskut - Tema Hijau “

Balang-balang kak nin punya , percaya tak! Balang ni kak nin hias dan gunakan 6 atau 7 tahun dahulu. Bertahan 2 atau 3 tahun jugak le. Dah jemu kak nin tukar baju dia , tukar fesyen lain pulak. Jadilah baling kat bawah tu.



Jemu dengan reben dan render , hias pulak dengan buah. Bolehla! Buat isi biskut dan jajan anak-anak.

Balang Kuih mintak Beraya Lagi !!



" Balang Kuih Raya - Tema Maroon “

Sesiapa yang rajin beli biskut raya mesti mempunyai banyak koleksi simpanan baling plastik ni. Walaupun plastik dan tak mahal manapun akan tetapi bagus untuk menyimpan biskut. Cumanya kurang ‘presentable ‘ jer, jangan la buang baling-balang tu. Touch-up sikit , sesuaikan dengan warna , tema ruang rumah anda. Hasilnya mesti menarik , malah mampu menyerikan meja kopi anda. Balang-balang tu adalah koleksi simpanan mak mertua kak nin. Kak nin buatkan sesuai dengan tema maroon hari raya tahun lepas.

Tutup Saji jadi Comel !!



" Tutup Saji Comel “

Tutup saji comel ni adalah tutup saji plastik yang biasa je. Kak ni pakaikan baju dan bubuh bunga dengan riben. Saji ni sebenarnya , pelengkap dengan baling kuih raya kat atas tu.

Balang Kuih Jadi Beraya tahun ni !!





“ Balang Kuih Raya “

Balang kuih raya jenis ni , tentu ramai yang sudah menyimpannya. Boleh dikatakan dah tak ‘intrend ‘dah sekarang. Balang ni sebenarnya milik tuan rumah sewa kak nin dulu. Dia minta kak nin hiaskan agar boleh digunakan kembali dan kena dengan warna tema ruang tamunya. Setelah di touch-up inilah hasilnya. ( terima kasih kak Malis ).

Pasu Lama Berbunga Lagi!!








Gubahan bunga ni kak nin buat untuk jiran , dia hantar pasu yang dihadiahkan oleh mak dia dari sarawak. Dah jemu katanya tengok pasu tu kosong je, so dia minta kak nin gubahkan bunga untukk sudut. Bunga orkid tu dia dah ada dalam koleksinya , jadi kak nin tambahkan lagi dengan bunga-bunga yang lain supaya lebih meriah.

Bunga Lama jadi Baru ...!!




Kak nin suka sangat bunga Lily. Lagi-lagi kalau fresh flower wangi betul bau dia. Tapi yang ni artificial jer, dah nampak lusuh pun. Rasanya dah lebih 5 tahun , sayang nak buang. Masuk 3 hingga 4 kali kak nin ubah gubah. Bila dah banyak debu bertenggek cuci dan gubah lain. Kak nin suka dengan arrangement yang kak nin buat ni...cewaah! perasan. Dia simple je tapi berbeza dengan gubahan biasa. Kalau anda perasan dia memberi 3 sudut pandangan yang berbeza dan warnanya pun kontra sekali. Dari sisi kanan nampak seolah-olah hanya gubahan bunga lily putih sahaja dengan sedikit warna purple sebagai pelengkap. Kalau di pandang dari depan pelik sikit ( tapi kak nin suka ). Kelihatan sangat kontra dari segi warna , jenis dan saiz bunganya. Mungkin sebab dah jemu dengan arrangement bunga yang biasa. Tapi jika dipandang dari sisi kiri nampak bunga kuning plak!!.

Bunga Di Tali Gantung !!






















” Bunga di tali gantung “

Asalnya ialah tali buat ikat pokok yang nak di tebang kat kampong rumah mak mertua. Pokok dah tumbang kena tebang, talinya tak tau nak buat apa pulak, kak nin potong dalam 1 meter panjang paastu ikat dalam bentuk bulatan, kemudian hiaskan dengan beberapa susunan kuntum bunga , dah siap gantung le kat dinding.

Bunga Jiran di dalam Bakul!!























Gubahan bunga ni jiran kak nin punya , dia hantar bakul ni kat kak nin. Bakul ni dah lama simpan katanya , dah naik berabuk, tak reti nak buat hapa. Dia upah kak nin untuk buat gubahan bunga bagi diletakkan di atas almari katanya...Budgetnya tak lebih RM50. Ta!!.. da!! inilah hasilnya..ok tak! ( terima kasih kak Yati ).