khas untuk suri-suri rumah , wanita-wanita bekerja & berkerjaya. Serlahkan kreativiti anda dalam menceriakan rumahtangga anda kerana rumah adalah syurgaku bukan rumahku sampahku....insyallah mari sama-sama kita jayakannya. salam dari saya Pn. Mas
iklan nuffnangku...
Jangan Buang Masa & Jangan Membazir....
“ JANGAN BUANG MASA DAN JANGAN MEMBAZIR “ Jadikan kata nasihat ini satu amalan, pasti dapat membantu anda menghasilkan sesuatu. Sayangi dan hargailah apa sahaja yang anda miliki. Biarpun sesuatu yang anda miliki itu sudah lama atau anda sendiri sudah jemu memandangnya. Kalau masih elok jangan terus di buang. Cuba gunakan sedikit kreativiti anda untuk melakukan sedikit transformasi. Maksimumkan penggunaannya. Beri nafas baru atau gaya baru. Pasti anda akan berfikir kembali untuk membuangnya. Bak kata pepatah “ alah membeli biar menang memakai “.
Sunday, January 17, 2010
Tutup Saji mahu Cover Baru !!
“ Tutup Saji – Tema Hijau “
Tutup saji ni kak nin buat sama dengan balang kuih hijau kat atas tu. Saji ni kecil je...buat tutup kuih sarapan pagi atau minum petang.
Balang Raya , Raya lagi !!
“ Balang Biskut - Tema Hijau “
Balang-balang kak nin punya , percaya tak! Balang ni kak nin hias dan gunakan 6 atau 7 tahun dahulu. Bertahan 2 atau 3 tahun jugak le. Dah jemu kak nin tukar baju dia , tukar fesyen lain pulak. Jadilah baling kat bawah tu.
Jemu dengan reben dan render , hias pulak dengan buah. Bolehla! Buat isi biskut dan jajan anak-anak.
Balang Kuih mintak Beraya Lagi !!
" Balang Kuih Raya - Tema Maroon “
Sesiapa yang rajin beli biskut raya mesti mempunyai banyak koleksi simpanan baling plastik ni. Walaupun plastik dan tak mahal manapun akan tetapi bagus untuk menyimpan biskut. Cumanya kurang ‘presentable ‘ jer, jangan la buang baling-balang tu. Touch-up sikit , sesuaikan dengan warna , tema ruang rumah anda. Hasilnya mesti menarik , malah mampu menyerikan meja kopi anda. Balang-balang tu adalah koleksi simpanan mak mertua kak nin. Kak nin buatkan sesuai dengan tema maroon hari raya tahun lepas.
Tutup Saji jadi Comel !!
" Tutup Saji Comel “
Tutup saji comel ni adalah tutup saji plastik yang biasa je. Kak ni pakaikan baju dan bubuh bunga dengan riben. Saji ni sebenarnya , pelengkap dengan baling kuih raya kat atas tu.
Balang Kuih Jadi Beraya tahun ni !!
“ Balang Kuih Raya “
Balang kuih raya jenis ni , tentu ramai yang sudah menyimpannya. Boleh dikatakan dah tak ‘intrend ‘dah sekarang. Balang ni sebenarnya milik tuan rumah sewa kak nin dulu. Dia minta kak nin hiaskan agar boleh digunakan kembali dan kena dengan warna tema ruang tamunya. Setelah di touch-up inilah hasilnya. ( terima kasih kak Malis ).
Pasu Lama Berbunga Lagi!!
Gubahan bunga ni kak nin buat untuk jiran , dia hantar pasu yang dihadiahkan oleh mak dia dari sarawak. Dah jemu katanya tengok pasu tu kosong je, so dia minta kak nin gubahkan bunga untukk sudut. Bunga orkid tu dia dah ada dalam koleksinya , jadi kak nin tambahkan lagi dengan bunga-bunga yang lain supaya lebih meriah.
Bunga Lama jadi Baru ...!!
Kak nin suka sangat bunga Lily. Lagi-lagi kalau fresh flower wangi betul bau dia. Tapi yang ni artificial jer, dah nampak lusuh pun. Rasanya dah lebih 5 tahun , sayang nak buang. Masuk 3 hingga 4 kali kak nin ubah gubah. Bila dah banyak debu bertenggek cuci dan gubah lain. Kak nin suka dengan arrangement yang kak nin buat ni...cewaah! perasan. Dia simple je tapi berbeza dengan gubahan biasa. Kalau anda perasan dia memberi 3 sudut pandangan yang berbeza dan warnanya pun kontra sekali. Dari sisi kanan nampak seolah-olah hanya gubahan bunga lily putih sahaja dengan sedikit warna purple sebagai pelengkap. Kalau di pandang dari depan pelik sikit ( tapi kak nin suka ). Kelihatan sangat kontra dari segi warna , jenis dan saiz bunganya. Mungkin sebab dah jemu dengan arrangement bunga yang biasa. Tapi jika dipandang dari sisi kiri nampak bunga kuning plak!!.
Bunga Di Tali Gantung !!
” Bunga di tali gantung “
Asalnya ialah tali buat ikat pokok yang nak di tebang kat kampong rumah mak mertua. Pokok dah tumbang kena tebang, talinya tak tau nak buat apa pulak, kak nin potong dalam 1 meter panjang paastu ikat dalam bentuk bulatan, kemudian hiaskan dengan beberapa susunan kuntum bunga , dah siap gantung le kat dinding.
Bunga Jiran di dalam Bakul!!
Gubahan bunga ni jiran kak nin punya , dia hantar bakul ni kat kak nin. Bakul ni dah lama simpan katanya , dah naik berabuk, tak reti nak buat hapa. Dia upah kak nin untuk buat gubahan bunga bagi diletakkan di atas almari katanya...Budgetnya tak lebih RM50. Ta!!.. da!! inilah hasilnya..ok tak! ( terima kasih kak Yati ).
Tunggul Kayu Berbunga!!
“ tunggul kayu berbunga “
Tunggul kayu tu asalnya kak nin kutip dekat kebun belakang rumah mak kak nin. Basuh bersih-bersih masuk dalam akuarium ikan. Seronok betul ikan menyorok kat situ. Dek tak larat nak cuci akuarium yang cepat berlumut ,tukar plan. Nak buang menarik pulak benda alah ni...., hias le dengan bunga orkid 2-3 tangkai, so jadilah hiasan dinding....orait tak!
Topi Keluar Bunga!!
Topi ni milik anak perempuan kak nin. Lama tersimpan tak pakai pun, dok terletak je dalam bilik. Asalnya berwarna putih polos dengan hiasan riben sedikit. Kak Nin hias sedikit dengan ‘ flower arrangement ‘ pastu gantung kat belakang pintu. Jadilah penghias di belakang pintu...orait gak!.
Salam Perkenalan .....
Kak Nin berharap sangat dapat bersama-sama anda berkongsi dan bertukar-tukar idea dalam menghias rumah. Kak nin percaya untuk menghias rumah dan untuk menampilkan mood baru dalam rumah tak semestinya kita harus membeli aksesori baru atau perabot dan cat baru dalam rumah. Dengan membuat sedikit perubahan kepada barang-barang yang sedia kita miliki juga mampu merubah suasana rumah kita. Setidak-tidaknya tak perlulah kita membeli kabinet baru atau memperbesarkan ruang setor untuk menyimpan barang-barang yang dah jemu kita pakai.Betul tak!! Kalau anda mempunyai simpanan barang-barang yang rasa-rasa masih mahu digunakan dan tak tahu nak buat macamana, jangan segan-segan hantar pada kak nin untuk hiaskan. Insyaallah kak nin akan cuba membantu. Ingat...jangan membazir , jadilah surirumah yang bijak. Kalau anda mempunyai idea-idea yang boleh kita sama-sama kongsikan atau komen jom kita share sama-sama dalam blog ini atau e-mailkan pada kak nin : mashanira@yahoo.com
Dengan sedikit kreativiti mampu mengubah yang lama kekal berseri dan tetap berguna.
Dengan sedikit kreativiti mampu mengubah yang lama kekal berseri dan tetap berguna.
Subscribe to:
Posts (Atom)